Friday, February 4, 2011

Talam Kiasan

Wilayah yang diduduki si Totok sudah cuak bila penghuni-penghuni anai-anai mula memberontak. Abang si totok sudah pun memberi pengumuman bahawa ratu anai-anai haruslah dipilih oleh anai-anai sendiri. Nampaknya abang si totok memang talam dua muka. Anai-anai hanyalah boleh pilih ratu yang hanya mengangguk kepada keluarga totok . Apa salahnya jika ratu anai-anai yang dipilih tidak bersetuju dengan keluarga totok?? bukan kah itu pilihan anai-anai?? ..... Kenapa penghuni si totok sangat paranoid dengan ratu-ratu anai-anai yang baru??? Bukankah keluarga totok sangat kuat? dengan bisanya, tebuan bersayapnya dan cengkerang yang kuat??

Sekurang-kurangnya si totok tak boleh nak buat tak ketahuan hala dekat adik anai-anai yang berada dibawah cengkaman Si totok. Kalau nak harapkan ratu anai-anai yang ada sekarang nie, memanglah tak guna satu sen pon. Semua yang si totok buat pakat dok angguk ajaa si ratu-ratu anai-anai yang dah tak laku dan tak sedar diri. Elok lah kasi gerun sikit si totok nie.

Moga2 penggantian ratu anai2 yang lama kepada yang baru berjalan lancar dan membawa perubahan positif kepada bumi Anbiya

Upadate... tgk euronews, Malaysia kena titik dengan Kyrgyzstan 32-2 dalam acara ice hoki Asian winter olympics . Tersemboq aku!

1 comment:

  1. salam..
    thanks sebab singgah blog sha.. thanks for the info about macaroons too.. it might b helpful in the future... don't buy Holland macaroons kan? sebab hampeh...

    ReplyDelete