Tuesday, October 19, 2010

Perdana Menteri Baru Belanda

Akhirnya, selepas beberapa kali berdebat di meja rundingan, Belanda sudah ada PM baru Mark Rutte menggantikan Balkenande. Sebelum nie, dah beberapa bulan tiga parti besar Belanda dok negotiate untuk membentuk sebuah kerajaan. Parti CDA dan parti VVD terpaksa berkerjasama dengan PVV yang dipimpin oleh "Gerit Liar" yang lantang mengutuk agama kita.

Dok sembang2 dengan orang Belanda, macam2 pendapat depa bagi. Daripada orang intelek, depa kata. Macam mana parti CDA dan VVD boleh setuju utk berkerjasama dengan PVV yang polisi dia amatlah berunsurkan Anti Islam dan perkauman yang ekstrim. Daripada orang belanda yang tepi jalan, depa suka dengan "Mat Gerit" pasai dia berani untuk menyuarakan pandangan dia. Memang banyak pendatang daripada timur tengah berkijrah ke Belanda pon.

Aku rasa la... Mat Gerit nie tak ada modal lain.... Dia cuma hendak mencari publisity murahan daripada media. Dalam bahasa utagha laaa... Kebebasan bersuara tegha mana???.... Sebenarnya dekat USA dah ada undang2 baru pasal kebebasan bersuara. Nama dia Theathre Law. Undang2 dia mcm nie.... Dalam satu theathre/ pawaham laa katakan. Kalau ada seseorang yang jerit Api!! Api!! kebakaran!!, mesti orang akan panic kan?? menjerit api! adalah satu kebebasan bersuara tapi dalam masa yang sama, dalam kekalutan tu mesti ada stampede dimana orang jatuh dan cedera etc.... Nie lah loophole dalam notion kebebasan bersuara yang akan menghantar mat gerit nie ke muka pengadilan.

Moga2 dia disumbatkan dalam penjara dan rambut perang dia yang macam haram tu dicukur botak haha

No comments:

Post a Comment